WARNING!! THIS BLOG IS NOT FOR BABIES.
I MEAN IT!!

Pages

Getting To Know.. Perhaps

My photo
BSD, KL, Malaysia
Hai.. My full name will be Syazwani Asilah.. I'm just a normal person.. I live in a house, have a parent and 2 siblings.. Basically, I have whatever you girls have.. See how normal I am.. The only things different between you and me is just something you need to figure out on your own.. And the only way to figure it out is to get to know me.. As simple as that..

Wednesday, April 22, 2009

Was-was..

'Kakak, cepat!' laung bibik aku. 'Ais nya udah cair ini!'

Dia bertanya kepada aku dalam 15 minit yang lalu sama ada aku mahu ais krim atau tidak. Lalu aku pun menjawab, 'boleh lah.' 'Pakai duit bibik dulu. Nanti kaklong bayar,' aku jawab endah tak endah.

Kini dia dia sedang berlari-lari menaiki tangga untuk menghulurkan aku ais krim calong yang dibelikannya.

Sebaik saja dia muncul dihadapan aku, tangan kanannya memegang 2 ais krim calong yang sudah separuh cair, sambil tangan kiri menadah tangan kanannya yang sudah basah gara-gara ais krim yang cair itu.

Aku bangun dari katil untuk mengambil bahagian aku dari tangannya. Batang ais krim calong itu sudah basah dengan ais krim yang sudah cair itu.

Dia turun. Aku pegang ais krim calong aku itu dan mengangkatnya sama paras dengan mata aku sambil terdetik satu soalan dihati aku, 'Dia cuci tangan tak?'

No comments: