Thursday, April 23, 2009
Cinta..
Ya. Aku pernah katakan yang aku tidak akan sentuh cinta dalam masa 6 tahun ini. Namun aku juga tidak menafikan yang cinta itu indah.
Setiap kali bercinta kita akan berada di awan. Setiap kali kita tahu ada orang di dunia ini yang menyayangi kita, kita bahagia. Setiap kali bertemu, kita berada di syurga. Dialah bidadari dialah pahlawan.
Sungguh indah, sangat manis. Semua bersetuju. Tidak normal lah orang itu jika tidak bersetuju.
Cinta ada berbagai bentuk. Cinta pada tuhan, itu cinta agung. Cinta pada ibu bapa, itu cinta murni. Cinta pada suami/isteri, itu cinta indah. Cinta pada agama, itu cinta jihad. Cinta pada diri, itu cinta sejati.
Walau macam mana pun dielak, ia tetap hadir dalam hati tanpa diduga. Boleh jadi jiran, boleh jadi musuh. Tuhan telah tentukan yang terbaik untuk kita, kerana Dia juga menyayangi kita. Kejam lah tuhan jika Dia tidak memberikan yang terbaik untuk kita.
Kerana cinta, ada yang sanggup melakukan apa saja. Beri perhatian, APA SAJA. Apa saja tak selalu nya benda jahat. Ada juga yang baik. Ada juga yang tak masuk akal. Seperti lagu diatas.
Mungkin aku terlalu muda untuk menyebut tentang cinta, namun aku juga pernah merasa. Jadi aku juga layak untuk menyuarakan pendapat tentang cinta. Jadi topik aku untuk post yang ke seratus ialah CINTA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment