WARNING!! THIS BLOG IS NOT FOR BABIES.
I MEAN IT!!

Pages

Getting To Know.. Perhaps

My photo
BSD, KL, Malaysia
Hai.. My full name will be Syazwani Asilah.. I'm just a normal person.. I live in a house, have a parent and 2 siblings.. Basically, I have whatever you girls have.. See how normal I am.. The only things different between you and me is just something you need to figure out on your own.. And the only way to figure it out is to get to know me.. As simple as that..

Friday, April 17, 2009

A New Notebook..

Mak aku baru je call tadi. Dia tanya pasal test tadi dan dia tak percaya yang aku pass. Tak apa lah, aku tak kisah pun yang penting aku pass.

Past dia tanya lagi siapa yang dapat? Mana lah aku tau. Aku tak ada phone nak tanya member-member yang lan. Jadi kepada member-member dekat luar sana tu dan yang sedang membaca entree ini, sila inform kepada saya kalau anda mendapat tawaran matrikulasi untuk mengelakkan saya daripada kena bebel.

Jadi mak aku pun agak bengang sebab semua soalan yang diajukan kepada aku, aku balas dengan, 'entah, tak tau.'

Tapi nak buat macam mana, aku memang tak tau.

Jadi aku pun cuba lah melawak dengan mak aku pasal ada udang di sebalik batu. Aku nak kan laptop baru. Aku nak MacBook atau Vaio. Aku tak nak laptop secondhand. Mak aku nak bagi aku laptop secondhand extra-extra kat office dia tu.

TAK MAU LAH.

'Amboi! Demand betul awak ni eyh?' mak aku cakap dalam nada bergurau.

Aku gelak aje lah. Itu je yang aku mampu buat. Tapi lepas puas pujuk dalam gurau, akhirnya mak aku berkata, 'kalau mama bali notebook baru untuk awak, awak boleh tak pass matric awak?'

'Pass matric? Mesti lah. Nanti semua assingment mesti siap punya pasal nak mengadap notebook baru je kerja.'

'Iye la tu,' itu je yang mampu diungkapkan oleh mak aku kepada anaknya yang SEEKOR ni.

No comments: