WARNING!! THIS BLOG IS NOT FOR BABIES.
I MEAN IT!!

Pages

Getting To Know.. Perhaps

My photo
BSD, KL, Malaysia
Hai.. My full name will be Syazwani Asilah.. I'm just a normal person.. I live in a house, have a parent and 2 siblings.. Basically, I have whatever you girls have.. See how normal I am.. The only things different between you and me is just something you need to figure out on your own.. And the only way to figure it out is to get to know me.. As simple as that..

Thursday, April 30, 2009

Sahabat Atau Lebih??

Pernah tak korang kenal sorang ni dan korang suka sama suka dengan orang tu tapi tak pernah jumpa pun. Sekadar kenal dalam phone atau chatroom atau Myspace, tak kisah lah macam mana pun.

Tapi korang pernah tanya kawan korang yang mengenali diri orang tu macam mana rupa, gaya dan suruh kawan korang tunjukkan orang tu dan
tengok dia dari jauh aja.

Korang rasa nak bawa hubungan korang dengan orang tu ke next level sebaik saja berjumpa nanti dan orang tu pun rasa benda yang sama.

Akan tetapi, rancangan yang dibuat tak berjalan dengan lancar. Salah satu pihak ada masalah besar yang perlu di handle dengan secepat mungkin dan masalah itu perlu diselesaikan dahulu sebelum korang berdua bawa hubungan tu ke next level kerana takut ada pihak yang berkecil hati jika terabai kelak.

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Masalah yang dihadapi tak juga selesai. Pihak yang mengalami masalah itu telah memberitahu pihak yang satu lagi awal-awal lagi bahawa masalah itu mungkin mengambil masa yang lama.

Akhirnya salah satu pihak tawar hati untuk meneruskan perancangan untuk membawa hubungan persahabatan ke next level.

Hari berganti hari.Bulan berganti bulan. Masih tidak selesai.

Satu malam korang dengan ibu bapa korang berada dekat dalam kereta. Nak beli barang di kedai. Bapa korang aja yang keluar. Tiba-tiba parking lot yang kosong disebelah didatangi sebuah kereta. Bapa korang dah masuk semula kedalam kereta masa tu. Sebaik saja kereta diundur kebelakang, pemandu kereta sebelah keluar.

It was that person. Korang bolah sumpah itu dia. Jarak korang dari dia kalau korang keluar dari kereta ada dalam 2 meter aja. Itulah jarak yang paling dekat korang pernah nampak orang tu.

Dan sepanjang malam korang terfikirkan pasal orang tu.

Sigh.

Tak apalah masalah perlu diselesaikan dahulu.

p/s: Tak apa kalau korang tak paham. Aku cuma tulis diari aku untuk aku aja yang paham.
pp/s: Ain, you kenal siapa orang tu.

No comments: