WARNING!! THIS BLOG IS NOT FOR BABIES.
I MEAN IT!!

Pages

Getting To Know.. Perhaps

My photo
BSD, KL, Malaysia
Hai.. My full name will be Syazwani Asilah.. I'm just a normal person.. I live in a house, have a parent and 2 siblings.. Basically, I have whatever you girls have.. See how normal I am.. The only things different between you and me is just something you need to figure out on your own.. And the only way to figure it out is to get to know me.. As simple as that..

Friday, April 24, 2009

Terlalu Jujur??

Perut aku upset. Semalam aku makan malam lambat sangat. More to supper than dinner. Aku terlalu kenyang untuk makan malam waktu tu. Aku ingat nak makan Nasi Ayam yang bapak aku beli semalam untuk makan pagi ni tapi dalam pukul 12, perut aku dah lapar.

Prinsip aku sekarang, makan bila lapar. Tak ada lagi makan ikut masa. Dulu pasal hidup aku penuh aktiviti tapi sekarang hanya baring atas katil, blogging, tonton TV dan makan. Jadi, tak banyak tenaga yang digunakan.

Balik kepada makan. Aku tak lapar malam tu pasal aku makan tengahari pukul 5. Mungkin ni pasal pagi semalam aku makan nasi sebagai sarapan pagi. Aku makan nasi sebagai sarapan bukan kerana malam kelmarin aku makan lambat tapi memang nafsu makan aku tinggi pagi tu.

Namun, perut aku upset bukan pasal makan lambat. Oleh kerana aku bercadang untuk makan Nasi Ayam pagi ni, bibik aku masuk kan Nasi Ayam tu dalam peti ais. Jadi Nasi Ayam yang aku makan semalam Nasi Ayam sejuk.

Jadi pagi ni aku ada appointment dengan Mr. Tan. Lagi 15 minit aku akan dipanggil. Saham Mr. Tan bagus jadi aku becadang nak melabur lebih sikit. Owh, dia dah panggil. Bye.




Terlalu jujur?? Tak rasanya. Aku cakap beralas.

No comments: