WARNING!! THIS BLOG IS NOT FOR BABIES.
I MEAN IT!!

Pages

Getting To Know.. Perhaps

My photo
BSD, KL, Malaysia
Hai.. My full name will be Syazwani Asilah.. I'm just a normal person.. I live in a house, have a parent and 2 siblings.. Basically, I have whatever you girls have.. See how normal I am.. The only things different between you and me is just something you need to figure out on your own.. And the only way to figure it out is to get to know me.. As simple as that..

Monday, April 6, 2009

CINTA?????

kenapa agaknya seseorang itu jatuh cinta? mungkin kerana ianya indah. walaupun ramai yang patah hati namun cinta itu tetap dicari. rasanya manusia tidak pernah serik untuk mencari. namun ada yang sedar bahawa cinta itu berisiko dan risiko itu terlalu besar untuk di hadapi.

ya, aku juga pernah bercinta. pernah rasa berada di awan yang cerah. memang bahagia. cukup bahagia hingga kadang kala ada hati dan orang yang tidak setuju. maka terjadilah satu pengorbanan jika satu-satu hubungan itu mendapat tentangan yang hebat.

ya, aku mendapat tentangan itu.

maka sejak dari itu, aku cuba untuk mengelak dari jatuh cinta lagi. dalam masa setahun yang lepas, aku telah bercinta sebanyak 3 kali dan lelaki berganti lelaki setiap kali aku putus hubungan. aku tidak mengambil masa untuk menjalani hidup solo walaupun sebulan.

jadi sekarang, aku nak berehat daripada merasa kehangatan cinta dari seorang lelaki. buat masa ni, biarlah aku menjalani hidup aku berseorangan. biarlah aku memberi masaku sepenuhnya untuk diriku seorang. tidak perlu aku berkongsi perasaan sayangku ini dengan sesiapa buat masa ini. aku akan cuba untuk peruntukkan 6 tahun sebagai masa untuk aku bersendirian. biar aku puas hidup sendiri tanpa kongkongan dari orang luar/bukan keluarga.

bukan aku takut, bukan aku muak. bukan juga aku lesbian. cuma buat masa ni aku sendiri tidak tahu apa itu cinta.

apa itu cinta?
apa itu kasih sayang?
apa itu cinta sejati?
what is love?
what is amor?
what is ai?
apa?

ada yang boleh menjawab?

dan mungkin dalam masa 6 tahun aku dapat mencari diriku yang hilang. bagi rakan-rakan dan ahli keluarga yang sanggup untuk berada dibelakangku sepanjang 6 tahun ini, aku ingin ucapkan terima kasih in advance. segala kerjasama anda adalah amat dihargai.
:)

No comments: