Wow.. Lamanya tak update blog ni. Sampai naik terlupa aku ada blog. Ni pun tergerak hati nak tulis blog ni pasal tengok member aku update blog dia. So, sekarang aku pun update blog aku. Hahaha..
Aku bagi tahu apa yang latest lah yer. Aku sekarang dah bosan duduk kat KMK ni. Nasib baik dah nak habis. Kalau dulu, aku ingat lagi macam mana punya excited aku datang sini walaupun structure bangunan Kolej ni macam dah nak runtuh. Kalau dulu, semuanya OK. Tapi skarang, semuanya haprak. Member makan member, member cari pasal, lecturer perangai macam haram jadah. Macam-macam lah.
Sekarang ni aku ada dalam lagi 7 minggu nak duduk sini, lepas tu aku berambus dengan senang hatinya. Aku nak habiskan lesen kereta aku, lepas tu aku nak buat lesen diving (atas permintaan seseorang). Lepas tu kalau ada masa lagi, aku nak kerja.
So sekarang aku nak concentrate untuk final aku and try untuk dapat result yang terbaik aku boleh buat. Lepas tu aku nak sambung Degree.
Study Degree, excel, kerja, kahwin. Simple. Long term mission. Hahaha.
Tu kalau aku hidup dekat atas awan. Maka tercapai lah misi aku. Kalau aku main-main untuk matriks ni, makanya ke dalam tong sampah lah aku loncat.
So, setakat ni aja lah untuk Macam-Macam aku. Ikuti episode seterusnya.




No comments:
Post a Comment