WARNING!! THIS BLOG IS NOT FOR BABIES.
I MEAN IT!!

Pages

Getting To Know.. Perhaps

My photo
BSD, KL, Malaysia
Hai.. My full name will be Syazwani Asilah.. I'm just a normal person.. I live in a house, have a parent and 2 siblings.. Basically, I have whatever you girls have.. See how normal I am.. The only things different between you and me is just something you need to figure out on your own.. And the only way to figure it out is to get to know me.. As simple as that..

Monday, June 22, 2009

Rutin..

Setiap hari aku akan memulakan hidup aku dengan melakukan sesuatu yang bagi aku seperti satu rutin. Seperti tiada perbezaan. Yang berbeza cuma ilmu yang di tatang setiap hari. Ia menjadi semakin banyak dan semakin banyak.

Pada kebiasaannya, rakan sebilik aku akan mengejut aku. Ye aku susah bangun pagi. Ini kerana aku susah tidur. OK lah aku memang cari nahas pun. Aku selalu tidur lewat jadi hasilnya akan terasa pada sebelah paginya.

Kebiasaannya aku akan bangun pada pukul 6.30 namun aku masih melingkar diatas katil yang tidak berapa empuk. Hingga akhirnya aku terpaksa juga berdiri dan pergi untuk membersihkan diri pada pukul 6.50-nya.

Kemudian aku akan turun ke bangunan akedemik pada pukul 7.45 untuk menghadiri kelas yang bermula pada pukul 8.00. Setakat ini aku tak pernah lewat ke kelas.

Kelas pun berlangsung hingga pukul 10.00 dan aku akan membuat sesuatu yang orang tidak rajin akan buat. Aku akan ke bangunan asrama perempuan aku semula untuk menukar apa-apa buku yang patut.

Dalam pukul 10.20, kelas akan bermula semula. Maka bermulalah kelas tengahari yang mengantukkan. Kebiasaannya aku akan berzikir di dalam kelas. Bagi yang memahami maksud zikir disini, sila ketawa.

Kemudian aku dan semua pelajar lain, akan diberi rehat selama 1 jam 20 minit. Dan, ia, aku akan ke kelas semula pada pukul 2.30 untuk sesi petang. Kelas akan berlangsung selama 2 jam.

Kemudian aku akan kebilik untuk menyiapkan tutorial-tutorial, assignment-assignment dan homework-homework yang diberikan.

Dan kehidupanku bermula pada malam hari. Aku akan turun ke cafe untuk makan-makan dan sembang-sembang. Ada kala aku akan membawa Vaio aku turun, ada kala tidak. Ini keran Vaio berat. Jadi kepada member-member yang badan sekeping, jangan beli unless kalau ada beg roda bersama anda.

Tapi sayang, kami cuma dibenarkan berkeliaran di bangunan akedemik sehingga 11 malam sahaja.

Tujuan aku menulis ini adalah untuk memberitahu, JANGAN SAMBUNG BELAJAR.

Terima Kasih.

No comments: