Hoho. Hari ni aku keluar pergi outing dengan member-member. Kita orang pergi JJ dekat BM. Syok giler. Kita orang keluar dari pukul 3.15, naik bas Ah something. Berhenti dekat Summit Hotel. Lepas tu naik bas Rapid Penang pergi JJ.
Cadangan nya nak tengok wayang. Tapi ada wayang Melayu je. Dean tak nak tengok cerita Melayu. So aku, Dy, Dean dengan Winnie pergi makan dekat McD. Mula-mula Halim, Bapak, Asran dengan Iylia nak tengok wayang last-last dia orang pun join sekaki.
Kita orang lepak dekat situ sampai pukul 5.30. Dah tu pergi jalan-jalan dekat JJ sampai pukul 5.45. Dah tu tunggu dekat bas stop lama la jugak. Sampai Summit ada lagi setengah jam sebelum pukul 7 dan pukul 7 ialah masa penentu sama ada aku boleh pergi outing lagi atau tidak untuk 2 minggu akan datang.
Oleh kerana kesutukan masa, kita orang semua berlari-lari ayah untuk sampai ke garisan penamat aka pintu pagar kolej.
Keputusan merentas desa, Bapak sampai dulu di ikuti oleh Iylia, Dy, aku, Dean, Winnie, Asran dan Halim muncul sebagai orang terakhir seperti biasa.
Thursday, June 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment