WARNING!! THIS BLOG IS NOT FOR BABIES.
I MEAN IT!!

Pages

Getting To Know.. Perhaps

My photo
BSD, KL, Malaysia
Hai.. My full name will be Syazwani Asilah.. I'm just a normal person.. I live in a house, have a parent and 2 siblings.. Basically, I have whatever you girls have.. See how normal I am.. The only things different between you and me is just something you need to figure out on your own.. And the only way to figure it out is to get to know me.. As simple as that..

Sunday, June 5, 2011

Cincin Oh Cincin..

Aku baru tahu semalam yang cincin risik tu wujud.. Aku cume tahu cincin tunang dengan cincin kahwin aje.. Aku tak tahu pula wujud cincin risik..

Warrhhh... Kesian orang lelaki macam2 nak kena beli.. Cincin risik, cincin tunang, cincin kawin.. And sebelum tu pula, cincin couple.. 4 cincin semuanya.. Gila betul.. Tapi orang perempuan macam aku ni suka la.. Huhuhuhu..

So pagi ni aku buat la research sikit pasal cincin2 ni.. And these are my found outs:
Cincin couple:
Biasanya dibeli oleh pasangan yang hangat bercinta tapi belum ada apa2 ikatan pertunangan atau sebagainya.. Cincin ni biasanya cuma cincin murah yang tak la murah sangat sebab toke kedai tu mark up banyak.. Nak untung.. Diperbuat dari stainless steel.. Boleh didapati dalam pelbagai bentuk pelbagai rupa.. Ada yang boleh di ukir, ada yang berwarna, ada yang nampak mahal, ada pelbagai size dan ada dimana2.. Ia sangat senang didapati.. Di kedai2 kecil dalam shopping complex atau di pasar2 malam.. Aku pun tak lepas dari memiliki sepasang..


Cincin risik:
Biasanya dibeli oleh orang lelaki untuk diberi kepada orang perempuan yang dihajati untuk berkahwin.. Diberikan semasa merisik diwakili oleh saudara terdekat pihak lelaki. Jenis cincin yang biasa diberi ialah cincin belah rotan.. Maksud cincin belah rotan ialah cincin yang mempunyai size yang serupa, dan corak yang serupa disekeliling cincin.. Biasa diperbuat oleh emas dan boleh didapati di kedai2 emas.. Aku belum dapat cincin risik lagi sebab aku baru tahu semalam wujudnya cincin risik.. Faiz, siap la kamoo lepas ni.. Ni contoh cincin belah rotan.. Sangat simple..


Cincin Tunang:
Biasanya dibeli oleh pihak lelaki untuk diberikan kepada pihak perempuan sebagai tanda bakal menjadi isteri.. Dalam Islam, tidak boleh seorang lelaki itu mengahwini tunang lelaki lain.. Oleh itu cincin ini tanda cop lelaki itu keatas bakal isterinya.. Disarungkan kejari perempuan oleh saudara terdekat orang lelaki.. Biasanya cincin emas biasa yang tidak bertatahkan berlian.. Hanya cincin emas simple dan bercorakkan salut emas putih jika mahu.. Kadang2 emas putih menjadi pilihan.. Sebagai contoh..


Cincin Kahwin:
Ini lah cincin terakhir dalam proses menjadikan seorng perempuan itu milik halal seorang lelaki iaitu cincin kahwin.. Lepas tu nak bagi cincin jugak tu namanya cincin ngada2 atau cincin anniversary namanya.. Cincin kahwin ni di beli bukan oleh lelaki aja macam cincin2 lain tapi dibeli oleh perempuan juga.. Cincin ni disarung sendiri oleh pengantin lelaki dan pengantin perempuan ke jari pasangan pengantin sebelum upacara batal air semayang.. Masa ni la orang perempuan nak cincin berlian, besar2 gedebuk.. And biasanya cincin ni akan dipakai sepanjang hidup bersama.. Ni gambar dia..

Sweet kan.. Jelez aku.. Tak sabar pun ada.. Tapi tak apa.. Lambat lagi untuk aku sampai ke tahap tu.. Hidup aku masih ada benda yang perlu aku kecapi and masih ada benda yang perlu aku buat sebelum aku memberi sepenuh komitmen sebagai seorang isteri..

Cincin ni semuanya adat sahaja.. Kita orang melayu ni kaya dengan adat.. Jadi tak salah kita buat semua ni walaupun kadang2 ada yang skip cincin risik terus tunang.. Tak salah.. OK je.. Tapi kita kahwinkan sekali seumur hidup hendaknya.. So alang2 Raja Sehari biar la mcm raja betul.. Kan?? Lagipun orang eprempuan semua impikan perkahwinan yang indah.. Siapa yang kata 'tak apa lah.. nak buat ap semua tu bazir duit je..' memang tipu lah.. Kitorang semua nak.. Percaya lah..

So, sempena cuti sekolah ni, mesti ramai yang mula mendirikan rumah tangga waktu2 macam ni.. Selamat Pengantin Baru Kepada Anda.. Semoga Berbahgia Hendaknya.. Sampai Ke Anak Cucu.. Tahniah..

Kepada yang belum bertemu jodoh.. Jangan risau.. Nanti ada lah tu.. Cari yang kepala waras sikit.. Jangan yang macam ni..

No comments: