Pergh!!!! RAYA RAYA RAYA!!!
Seronok tu. Dari hari nak balik raya sampai hari ni. Aku balik raya 16 hari bulan. Dan seperti yang mike semua tahu (bagi yang membaca), aku balik sehari awal dari hari yang sepatutnya.
Nak balik awal ni banyak rintangan dia. Nak kena pergi mintak itu ini dari sipolan dan sipolan. Salah satunya ialah mintak tanda tangan dari cikgu aku yang ADA SEDIKIT ROSAK DIKEPALA untuk tanda tangan surat kebenran ponteng kelas. Pergh, ada ke dia suruh saku menanges kat dalam bilik guru tu. What the hell. So last-last, aku keluar jgk dari kolej.
Yang keluar kolej sekali dengan aku ada la dalam 8 orang. 3 perempuan gerak Butterworth naik teksi manakala yang lain mengengsot. Tak de lah, dia orang pergi naik bus.
Sampai sana, yang perempuan pergi naik ferri pergi pulau. Jalan dekat sana macam orang tak tentu arah balik Butterworth balik. Sampai je Butterworth, time buka puasa. Nampak lah yang boys semua tengah dok melantak. Join sekali.
Nama-nama yang keluar kolej adalah seperti berikut:
- Syazwani Asilah
- Nor Syazwani
- Nur Shaheeda
- Mohd Rohaizad
- Mohd Hisyamuddin
- Mohd Qawiem
- Mohd Uzair
- Mohd Syafiq
Sheeda naik bus dan yang alin-lain naik keretapi. jadi tinggal lah 7 orang semuanya. Dalam pukul 12, 3 orang lagi turun dekat Kuala Kangsar. Maka tinggallah aku, Win, Ezad dan Qawiem sahaja dalam keretapi. Dah macam double date la pula.
Aku dengan Ezad duduk gerabak lain, Qawien dengan Win duduk gerabak lain. Aku pun berkenalan lah dengan Ezad dengan lebih rapat. Pukul 4.45, aku dengan Win tinggal kan dia orang dekat stesen Sungai Buloh untuk terus ke KL Central. Mak aku jemput.
Sampai rumah, katil KingKoil aku tunggu. BEST SIOT tidur katil.
Lepas tu hari Jumaat tengahari gerak Johor. Pagi tadi masak rendang dengan ketupat. Pagi esok melawa. Wakakakaka. Jangn marah.
Sunday, September 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment